Khamis, 26 April 2012

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN





RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas                : 4 Bersatu
Bilangan Murid : 20 Orang
Tarikh              : 26  April 2012
Masa               : 11.05-12.05 tengah hari (1 jam)
Tema               : Seni dan Budaya
Tajuk               : Pantun “ Budaya Kita”

Objektif           : Pada akhir pelajaran murid dapat
1.       Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.       Menyebut sekurang-kurangnya tiga ciri-ciri pantun .
3.       Menyenaraikan isi-isi penting berdasarkan bahan yang di baca.

Fokus Utama   :5.2  Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan                     lancar serta memahami perkara yang di baca .

Aras 1
1.       Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan itonasi yang betul.
Fokus Sampingan : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah ,                    menarik dan bermakna.

Aras 1
Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.
Kemahiran Bahasa: Mendengar, bertutur, menulis
Sistem Bahasa: Imbuhan (awalan,akhiran atau apitan)
Ilmu                 : Kajian Tempatan
Nilai                 : Patriotisma.

Kemahiran Bernilai Tambah :
1.       Kemahiran Berfikir : Mencirikan, menghubungkait, mengelas, mengumpul dan mengkategorikan
2.       Belajar cara belajar: mengesan maklumat, membaca.
3.       Kontekstual: lebih baik, kontruktivisme
4.       Kemahiran pelbagai: verbal linguistic, interpersonal, intrapersonal.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah mendengar dan menyaksikan pertandingan berbalas pantun di radio dan di televisyen.
Konsep            : Rima di hujung mesti a/b/a/b
BBB                 : Kad huruf, sampul , petikan “pantun”, lembaran kerja , peta minda, kad manila.



Video Mikro Pengajaran

Isnin, 26 Mac 2012

Simpulan Bahasa





Video simpulan bahasa.

Peribahasa Melayu



Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.


Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.


Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.


Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Pantun Budi



Pantun Budi



Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi