Khamis, 26 April 2012

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN





RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas                : 4 Bersatu
Bilangan Murid : 20 Orang
Tarikh              : 26  April 2012
Masa               : 11.05-12.05 tengah hari (1 jam)
Tema               : Seni dan Budaya
Tajuk               : Pantun “ Budaya Kita”

Objektif           : Pada akhir pelajaran murid dapat
1.       Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.       Menyebut sekurang-kurangnya tiga ciri-ciri pantun .
3.       Menyenaraikan isi-isi penting berdasarkan bahan yang di baca.

Fokus Utama   :5.2  Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan                     lancar serta memahami perkara yang di baca .

Aras 1
1.       Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan itonasi yang betul.
Fokus Sampingan : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah ,                    menarik dan bermakna.

Aras 1
Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk.
Kemahiran Bahasa: Mendengar, bertutur, menulis
Sistem Bahasa: Imbuhan (awalan,akhiran atau apitan)
Ilmu                 : Kajian Tempatan
Nilai                 : Patriotisma.

Kemahiran Bernilai Tambah :
1.       Kemahiran Berfikir : Mencirikan, menghubungkait, mengelas, mengumpul dan mengkategorikan
2.       Belajar cara belajar: mengesan maklumat, membaca.
3.       Kontekstual: lebih baik, kontruktivisme
4.       Kemahiran pelbagai: verbal linguistic, interpersonal, intrapersonal.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah mendengar dan menyaksikan pertandingan berbalas pantun di radio dan di televisyen.
Konsep            : Rima di hujung mesti a/b/a/b
BBB                 : Kad huruf, sampul , petikan “pantun”, lembaran kerja , peta minda, kad manila.






Lang kah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
  (5 minit)
Huruf :
P,T,N,A,N,U
Jawapan :
Pantun
1.Guru mengedarkan sepucuk sampul surat kepada murid-murid dalam setiap kumpulan.
2.Guru meminta wakil setiap kumpulan menyebut perkataan tersebut.
1.Murid mendengar arahan guru dan membuka sampul surat.
2.Murid menyusun huruf supaya menjadi satu perkataan.
3.Murid menyebut perkataan yang diperolehi .
BBB
-sampul surat
-kad huruf
Perkembangan
(Lang kah 1)
  15 minit
Pantun

Terang cahaya sinar sang bulan,
Menerangi alam Benua Asia,
Melayu,Cina,India dan Iban,
Antara kaum penduduk Malaysia.
1.Guru mengedarkan petikan pantun”
kepada murid-murid.
2.Guru memperdengar   
kan  bacaan pantun kepada murid-murid.
1.Murid membaca pantun dengan kuat secara kelas,kumpulan dan individu.
BBB
-petikan
Pantun

KP
-verbal linguistic
BCB
-mendengar
membaca
(Lang- kah 2)
  15 minit
1.Pantun
2.Ciri-ciri pantun
-pembayang
-Maksud
-Koma pada baris 1 dan 3
-1 baris ada 4 ke 5 perkataan
-Rima hujung pada baris 1 dan 3 adalah sama
-Rima hujung pada baris 2 dan 4 adalah sama.






1.Guru mempamerkan serangkap pantun di papan putih.
2.Guru menerangkan ciri-ciri pantun kepada murid.
3.Guru bersoaljawab dengan murid mengenai ciri-  ciri pantun.
1.Murid melihat pantun yang dipamerkan di papan tulis.
2.Murid-murid mendengar dengan teliti keterangan guru.
3.murid menjawab soalan guru  mengenai ciri-ciri pantun secara individu.
BBB
-kad manila
KB
-mencirikan
KP
-Interpersonal
-Intrapersonal
(Lan g-
kah 3)
  10 minit
Peta Minda




1.Guru mengedarkan lembaran kerja dalam bentuk  peta minda kepada murid.
2.Murid diminta menyenaraikan  isi penting pantun secara individu.
1.Murid menyenaraikan isi penting pantun secara individu,
Lembaran kerja

KB
Mengelas
Mengum- pul
Mengkate -gorikan
(Lang- kah 4)
  10 minit
Imbuhan akhiran.
-bagaikan
-tarian
-hiasan
-warisan
-dagangan
-sanjungan
-nyanyian



1.Guru memberi penerangan tentang imbuhan akhiran.
2.Murid diminta menulis perkataan yang mempunyai imbuhan di papan putih
1.Murid mendengar dengan teliti keterangan guru
2.Murid menulis perkataan yang mempunyai imbuhan di papan putih secara individu.

BBB
Petikan
Pantun
Penu –tup
5 minit
Penutup-kognitif
Budaya Malaysia terdiri  daripada pelbagai kaum,pakaian,tarian,nyanyian dan makanan.
Menyanyikan Pantun.
1.Guru mengedarkan lembaran kerja untuk kerja rumah.
2.Guru merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai.
3.Murid  diminta bersama-sama
Menyanyikan pantun mengikut melodi”rasa sayang”

Nilai
Patrio –tisme
Menghar -gai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan